Biasa lah. DUIT. Scam artist ani memang handal membuat cerita dan membagi janji manis supaya tani terpedaya. Mun nya inda handal inda ia jadi scam artist kan. Inda kira berapa banyak scam dah di temui dan berapa banyak dah tani tau orang yang tertipu oleh scam ani, masih jua ramai yang kana. Handal banar bah scam artist ani.

Marketing strategies

Dalam pemasaran memang kebiasahan strategi diorang ‘to tell us what we want to hear’, maksudnya apa yang tani perlukan iatah diorang claim diorang dapat bagi tani tu, pebaik inda banar. Macam iklan shampoo. Ia tau urang mencari cari solution to get rid of frizzy dry hair. Dorang liatkan lah arah tani yang shampoo dorang mampu meluruskan dan melembutkan rambut. Sudah di cuba, mau tia karang macam dalam iklan rambut ku ah!

Jadi, dalam hal ani scam artis tau apa yang tani mau. DUIT DUIT DUIT. Apa lagi, dorang bagi tau tani lah dorang dapat bagi tani duit dengan mudah. Dari sini macam macam lah idea kreatif scam artist ani kan menipu urang. Mereka akan janjikan tani dengan pulangan yang hebat hebat. Scam artist ani lagi meyakinkan banar usulnya. Cara terbaik untuk meyakinkan tani ialah tidak lain tidak bukan, macam iklan shampoo tadi. Ia demo dulu yang barangnya tu banar. Inda hairan lah bila memang ada banar-banar pulangan besar yang mereka janjikan ani. Ramai jua ampit lah awal awal. Tapi jangan silap. Ani tah salah satu cara dorang untuk menarik lebih ramai pelabur. Sudah ramai urang belurih dari business durang ani, tantu makin ramai yang kan mau join kan. Semasa peak ani tah nanti scam artist ani akan lari dengan beribu atau berjuta duit tani. Habis lah.

Tapi, selang beberapa tahun, akan timbul lah lagi scam artist lain dengan modus operandi yang berbeza. Tapi cara menarik victim masih sama. Dengan janji pulangan duit besar lah. Manusia ani inda pandai jara bah when it comes to money.

Ciri-ciri scam ani adalah seperti berikut:

1) Pulangan (interest or commission) yang tinggi
2) Income diorang inda dapat di pastikan dari mana datangnya
3) Business nya nada ofis yang official
4) Inda famous, konon-konon company baru lah tu nya.
5) Borang permohonannnya simple banar
6) Cara apply lagiii simple!

One Response to “Kenapa kitani selalu terpedaya dengan tipu daya scam artists?”

  1. yori Says:

    aku kan btnya bah..INFINITY DOWNLINE atu bisidia bakurapak nda scam mmg banar punya..banar kan tu?atau sma sja mcm yg lain2?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: