Infinity Downline bukan program Affiliate

September 2, 2010

Artikel ini adalah terjemahan dari artikel ‘Infinity Downline is NOT an Affiliate Program‘ yang di sumbangkan oleh salah seorang pembaca blog BruneiScam.

Ramai ahli Infinity Downline yang memperkenalkan ID sebagai program Affiliate untuk menolak tuntutan bahawa ianya adalah scam ( Pyramid Scheme ) . Mereka juga mengatakan bahawa ID adalah halal dan bukan salah satu modus scam kerana ianya bukan skim MLM ( Multi – level Marketing ).

Ada dua miskonsepsi di sini :

1) Infinity Downline sebagai Affiliate Marketing Program .

2) Program MLM adalah satu penipuan.

Sebenarnya, Infinity downline bukanlah Program Afiliasi , tetapi adalah program Multi – Level Marketing ( MLM ). Dan bukan semua program yang berstrategi MLM boleh dikatakan scam (Skim Piramid)

1 ) Mari kita lihat miskonsepsi yang pertama ; ” Infinity Downline sebagai Program Afiliasi ” .

Pertama , Affiliate Marketing Program ini direka untuk menyalurkan pelanggan ke halaman utama syarikat / produk. Setiap ‘Affiliate’ akan mendapatkan komisyen daripada setiap pembelian yang dibuat oleh pelanggan mereka. Ini boleh dilakukan dengan membina sebuah website pribadi yang berasingan untuk mempromosikan produk-produk syarikat berkenaan. Jadi, ketika calon pembeli datang , mereka akan disalurkan ke website syarikat utama oleh link peribadi dimana mereka dapat melakukan prosedur yang diperlukan untuk membuat bayaran untuk produk yang dibeli. Affiliate kemudian akan diberikan beberapa peratusan daripada bayaran pembeli sebagai komisyen. Program begini disebut sebagai single – tier affiliate program. Members fee biasanya adalah $0 dan Affiliate tidak akan diberikan komisyen dari ahli baru, hanya dari pembelian pelanggan.

Program affiliate hanya boleh mempunyai satu atau dua tingkat, bukan tiga atau lebih. Jika sebuah program mempunyai lebih dari dua tingkat, maka akan disebut sebagai Multi – Level Marketing Program ( MLM ), BUKAN program affiliate. Untuk program Affiliate dua tingkat, affiliate akan dibayar untuk setiap pelanggan yang mendaftar dan membayar untuk menjadi ahli, serta dari pembelian produk pelanggan (samada ahli atau bukan ahli). Namun, ahli baru TIDAK akan diletakkan di bawah affiliate tersebut seperti yang dilakukan dalam program MLM. Sebaliknya, ahli yang baru berdaftar ini akan secara langsung diletakkan sebagai ahli affiliate syarikat setaraf dengan affiliate yang memperkenalkannya. Jadi, dalam mana-mana kes affiliate marketing, tidak akan ujud istilah downline ataupun upline. Seorang affiliate hanya akan mendapat komisyen apabila seorang pelanggan menjadi ahli atau membeli produk.

Apa yang membuat pemasaran affiliate berbeza dari MLM adalah setiap affiliate tidak akan diwajibkan untuk merekrut ahli untuk mendapatkan pendapatan atau mengekalkan kedudukan mereka dalam program. Setiap affiliate akan berada pada paras yang sama seperti affiliate yang lain dan tidak ada yang akan bergelar downline ataupun upline. Pendapatan utama mereka adalah dari komisyen yang diperolehi dari penjualan produk dan BUKAN saja dari RECRUITEMENT ahli.

Cuba lihat Program Afiliasi Amazon (https://affiliate-program.amazon.com/) sebagai contoh. Untuk menjadi ahli affiliate Amazon, yang perlu anda lakukan adalah mendaftar secara PERCUMA. Dan seterusnya mengiklankan produk mereka di website anda. Untuk setiap jualan yang dilakukan dari trafik yang dibuat oleh laman web anda, anda akan diberikan peratusan tertentu sebagai komisyen anda .

2 ) Miskonsepsi yang kedua “MLM sebagai scam” ;

Tidak semua skim MLM adalah dianggap sebagai scam, dan adalah tidak wajar untuk melabel program MLM sebagai skim Piramid. Hanya program MLM yang berdasarkan kepada recruitement ahli dan BUKAN JUALAN produk adalah dianggap sebagai Skim Piramid.

Multi – level, seperti namanya, adalah strategi pemasaran yang direka untuk mencipta rangkaian yang berperingkat (Multi-level). Dalam program MLM yang sah, pengedar akan memperoleh komisyen dari jualan, recruitement ahli dan juga dari penjualan downline mereka, BUKAN 100% dari recruitement ahli. Walaupun pengedar gagal untuk merekrut ahli, mereka masih boleh memperolehi komisyen dari penjualan produk.

Mengapa program yang HANYA berdasarkan recruitement ahli ( Pyramid Scheme ) dianggap sebagai penipuan? Sila baca posting yang sebelumnya untuk penjelasan lebih lanjut. (https://bruneiscam.wordpress.com/2010/08/19/kenapa-program-yang-mewajibkan-%E2%80%98member-recruitement%E2%80%99-di-katakan-scam-atau-palsu/)

Infinity Downline … ..

Ahli Infinity Downline juga mempunyai website pribadi untuk membina trafik ke laman utama syarikat. Tetapi untuk tujuan apa? Dari mana kah punca pendapatan anda? Apa produk yang dijual oleh Infinity Downline?

Tujuannya tentu BUKAN untuk memperluaskan peluang PENJUALAN. Pendapatan anda tentu BUKAN DATANG DARI PENJUALAN kerana mereka TIDAK ADA PRODUK dijual oleh Infinity Downline .

Halaman peribadi ahli dan juga halaman utama syarikat jelas bertujuan untuk recruitement ahli semata-mata! Semua pendapatan akan dihasilkan semata – mata dari recruitement ahli. Memang ada software yang boleh digunakan dengan menjadi ahli Infinity Downline. Tapi adakah mana-mana ahli yang ada mempromosikan produk tersebut dalam website mereka? Adakah produk tersebut untuk dijual? Adakah produk ini bermanfaat kepada anda? Sudah tentu TIDAK. Ini adalah definisi yang sempurna bagi skim piramid. Selain itu, kerana setiap ahli HARUS merekrut downline untuk pendapatan, Infinity Downline lebih tepat lagi didefinasikan sebagai program MLM dan BUKAN AFFILIATE PROGRAM!

2 Responses to “Infinity Downline bukan program Affiliate”

  1. saipol Says:

    just wondering is forex a scam also…??

  2. Wani Nasir Says:

    Forex is not a scam but there are alot of scams associated with Forex. One thing for sure is if it’s too good to be true then it is scam! Never invest on something that you don’t understand.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: