Kenapa program yang mewajibkan ‘member recruitement’ di katakan scam atau palsu?

Ogos 19, 2010

Mana-mana program yang mewajibkan kitani mencari orang bawahan untuk mendapatkan keuntungan adalah HARAM dan ILLEGAL.

Jangan tertipu dengan bukti-bukti yang mengatakan ‘program tersebut adalah legal kerana ia masih ujud dan beroperasi tanpa gangguan mana-mana pihak’. Pihak-pihak tertentu memang tidak ada kuasa keatas program-program yang kini berleluasa kerana kebanyakan mereka adalah ‘online based’. Sebab itulah kitani harus menggunakan kebijaksaan sendiri untuk menghidari dari terperangkap kedalam program palsu ani.

Mungkin ramai yang kurang faham kenapa skim pyramid di katakan haram. Keuntungan yang luar biasa dan cepat memang sudah terbukti di kalangan orang-orang atasan program tersebut, ani memang tidak dinafikan. Akan tetapi skim piramid sudah lama ujud dan TERBUKTI palsu, ianya hanya akan mendatangkan keuntungan kepada tidak lebih dari 40% orang yang terdahulu. Sekurang-kurangnya 60% atau lebih AKAN MENDAPAT KERUGIAN.


* Yang 60% atu, bukan inda dapat untung sebab malas atau nasib, memang mereka tidak akan dapat sebab kehabisan sumber manusia, walaupun mereka kan mencari dari negeri lain.

Disini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana dan mengapa skim piramid tidak akan bertahan lama. Penerangan tersebut saya perolehi dari laman Mathematics dimana mereka menerangkan tentang Matematik disebalik Skim Piramid. (And please remember, Maths is never wrong).

Ambil kaedah 8 ball model sebagai contoh:
Didalam program ani setiap member dikehendaki mencari 2 orang dan hendaklah mengumpulkan sebanyak 3 level orang bawahan sebelum membolehkan ia mendapat bayaran. Seperti rajah dibawah, jika setiap seorang di kehendaki merekrut 2 orang downline, level piramid tersebut akan bertambah sebanyak 2 kali ganda pada setiap tangga. Pada tangga ke 5, piramid tersebut sudah mempunyai 31 orang pengikut.

Program yang menggunakan sistem sebegini, akan merugikan 87.5% daripada jumlah keseluruhan member program tersebut. Pada skala kecil yang saya gunakan tadi, 28 daripada 31 orang akan mendapat kerugian.

KENAPA 87.5% YANG MENDAPAT KERUGIAN?

Pada skala yang sebenar, seluruh penduduk bumi akan diambilkira. Jadi, bagi program diatas, pada skala sebenar, piramid tersebut akan runtuh apabila sampai kepada tangga yang ke 32!

*correction; 2^5 – 1 = 31

Ini bermaksud, mereka yang berada di tangga ke 32 sudah tentu tidak boleh meneruskan recruitement kerana tidak ada lagi manusia dari mana-mana muka bumi yang belum menyertai skim tersebut. Menurut program 8-ball, 3 level terakhir sudah tentu akan mendapat kerugian. Dimana 3 level terakhir mempunyai kira-kira 6billion orang. Bukan keseluruhan tu ah 6 billion atu, cuma pada 3 tangga terakhir!
6.0 billion/6.8 billion = 88% (Kiraan adalah kurang tepat kerana saya menggunakan approximation pada jumlah penduduk)

Penerangan lebih lanjut dari segi Matematik:

Jelas sekali, walaupun cuma 3 daripada 32 tangga yang mengalami kerugian, jumlah member dalam 3 tangga terakhir adalah jauh lebih dari separuh jumlah keseluruhan member yang mengikuti program tersebut!

  • Kesimpulannya, buat apa kitani menyokong dan menyertai skim yang sudah jelas dan terbukti bakal merugikan RAMAI orang?
  • Biskita masih merasai program kita atu bukan scam dan adalah lain dari yang lain? Begitu juga perasaan mereka yang pernah menyertai skim sebegini.
  • Mana-mana skim yang mewajibkan kitani mencari orang bawahan adalah skim piramid. Tidak kira apa motifnya mewajibkan sedemikian, ia adalah tetap skim piramid. Lupakan tah angan-angan biskita untuk menjadi millionaire atau billionaire dengan hanya menggoyang kaki.
  • Biskita fikir penduduk dunia akan bertambah selari dengan ‘pyramid growth’ program biskita atu? Jika cuma ditangga ke 32 sudah ada kira-kira 2 billion member (2^32 – 2^31), di tangga ke 33 mesti ada kira-kira 4.3 billion member (2^33 – 2^32)! Adakah penduduk dunia bertambah sebanyak 4.3 billion dalam masa SEBULAN?? Sila baca laman Wikipedia ani untuk penerangan ‘Population Growth’.

One Response to “Kenapa program yang mewajibkan ‘member recruitement’ di katakan scam atau palsu?”


  1. […] are programs based ONLY on member recruitement (Pyramid Scheme) deemed as scams? Read the previous post for more […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: