Pendapat mereka yang menyertai skim cepat kaya.

Jun 27, 2010

1) Skim cepat kaya yang di perkenalkan kepada mereka adalah berbeza dari yang sebelumnya. Ini tidak lah di nafikan. Kalau ianya diperkenalkan dengan teknik dan modus operandi yang sama dengan skim yang sebelumnya mungkin tidak ramai yang akan menyertai. Buat lah kajian dari orang-orang yang pernah mengikuti skim sebegini. Mesti mereka pernah percaya skim yang mereka sertai itu lain dari yang lain. Tetapi penghujungnya sama sahaja. Skim itu berakhir begitu sahaja dan merugikan downline yang di tangga-tangga terakhir.

2) Kebanyakan skim cepat kaya adalah berpandukan skim piramid, dimana lama-kelamaan mereka akan kehabisan downline. Fakta ini jarang sekali di fikirkan atau di ambil-kisah oleh peserta skim cepat kaya. Banyak yang menyangka skim ini akan bertahan lama kerana penduduk dunia memang ramai dan mereka tidak akan kehabisan downline. Memang benar skim cepat kaya memberi pulangan yang luar biasa dalam masa dan singkat, tapi ianya tidak akan dan tidak pernah bertahan kerana penduduk dunia ini bukan ‘infinity’. Jika keseluruh dunia sudah menyertai, bagaimana downline yang di hujung sekali hendak mengekalkan posisi mereka untuk membayar upline? Dan bagaimana pula upline ini hendak membayar upline yang di atasnya lagi? Sudah tentu piramid ini akan runtuh dan merugikan beribu-ribu orang.

Ambil contoh di bawah ini:

Jika 4 orang downline di rekrut pada level pertama, pada level kedua sudah tentu (4×4) 16 rekrut baru dalam level kedua. Pada level ketiga pula (16*4) 64 rekrut baru lagi. Kiraan begini dinamakan progresi geometrik dan jika kita teruskan lagi, pada level ke 10 kita sudah akan melimpasi penduduk Brunei dan pada level ke 18, seluruh penduduk dunia (6,800,000,000, tahun 2009) juga terlimpas.

4
16
64
256
1024
4096
16384
65536
262144
1048576
4194304
16777216
67108864
268435456
1073741824
4294967296

Pada level 17, iaitu level penghujung skim piramid ini, di jangka 4,294,967,296 orang akan kerugian kerana tidak ada lagi yang boleh menyambung dan mengukuhkan piramid ini. Jumlah ini bukan sedikit jika dibandingkan dengan penduduk dunia yang berjumlah 6,800,000,000.

Tahukah awda di peringkat mana awda berada? Jika awda berada di tangga atas memang awda akan sempat menikmati keuntungan yang banyak. Tetapi tidakkah awda rasa bersalah memasukkan rekrut-rekrut baru sesudah awda tahu skim ini tidak akan bertahan lama dan akan merugikan mereka?

3) Infinity downline tidak mengambil untung. Ramai yang  berpendapat Infinity Downline adalah legitimate dan bukan scam kerana ia tidak mengenakan apa apa charges dan 100% pembayaran rekrut akan dibayar kepada sponsor itu sendiri. Jadi, tidak ada lah pihak yang mengambil keuntungan dari mana-mana kemasukan selain dari sponsor atau upline kita sendiri. SALAH! Cuba kita bandingkan keuntungan kita sendiri dengan keuntungan upline. Siapakah yang lebih banyak mengaut keuntungan? Sudah tentu yang berada di atas. Cuba bayangkan bagaimana pula keuntungan yang dinikmati oleh mastermind sistem tersebut?? Sudah tentu banyak sekali.

Mungkin kerana tiadanya admin fee juga kita menyangka yang mastermind sistem ini ikhlas memberi peluang kepada orang ramai dan tidak ingin mengaut keuntungan.  Juga salah! Kepala atau mastermind kepada sistem ini amat bergantung kepada semua downlinenya untuk mengekalkan pendapatannya. Walaupun beliau mungkin sudah mempunyai jumlah downline yang tidak bertambah-tambah, beliau masih juga bergantung kepada rekrut-rekrut baru untuk menikmati pendapatan BULANAN. Cuba awda bayangkan jika sudah tidak ada individu yang boleh di rekrut, sudah tentu downline yang ditangga akhir tidak mampu untuk membayar upline mereka, upline ini juga tidak akan dapat membayar upline yang sebelumnya lagi.

4) Infinity downline tidak menjual sebarang produk. Saya kurang faham mengapa faktor ini selalu dijadikan kata pemancing untuk merekrut downlines. Mungkin ramai penduduk Brunei masih kurang faham dengan skim piramid. Skim piramid adalah haram dan menyalahi undang-undang di negara kita.

Perlu di fahami, jika bisnes itu berasaskan strategi MLM (multi-level marketing), ia tidak semestinya menyalahi undang-undang. Sebab itu lah bisnes seperti Amway, Cosway dan lain nya masih kekal dan beroperasi kerana mereka bukan berasaskan skim piramid. Skim piramid adalah skim dimana operasinya tidak melibatkan apa-apa produk dan kekukuhannya adalah bergantung 100% kepada kemasukan ahli ahli baru.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: