Pandangan Islam terhadap MLM.

Februari 9, 2010

Perhatian: Post ani bukan dari pandangan ku semata-mata dan bukan jua dari hasil kajian ku. 100% adalah bahan dari website Ustaz Zaharuddin. Ku petik saja yang rasa-rasanya ada kena mengena dengan business Kad Visa yang ada masa ani. Terima kasih jua di ucapkan kepada salah seorang pengunjung yang memperkenalkan laman web ustaz ani. Syukur alhamdulilah, selain daripada berpandukan pandangan dan kajian para ilmuan dari barat, ani boleh jua tani liat dari pandangan seorang ilmuan Islam terhadap MLM ani.


Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM (Tahun 2007)

1) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

  • Dalam hal business visa ani, dorang menggunakan kad kredit untuk menarik downline. Bayar saja RM250 boleh dapat pulangan up to RM2000 setiap bulan. Kan nampak mereka yang ‘membeli’ kad tersebut bukan sebab mereka beguna kad atu. Kalau benar-benar inginkan kad kredit, kenapa inda berlanggan saja di mana-mana bank di Brunei ani? Lagi free of charge, bank nada mengenakan bayaran pendahuluan untuk servis kad kredit dorang.

2) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

  • Dari yang ku tau dalam business visa kad ani, pemiliknya di mestikan memakai (membelanjakan) kad tersebut dalam jumlah tertentu dan dalam masa tertentu.

3) Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : ”

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : “Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad” ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM  seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah,  atau bay’atayn fi bay’ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah  dikira melakukan transaksi aqad Mu’awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

  • Yuran pendahuluan untuk kad kredit atau untuk keahlian sebenarnya?

INGATLAH SEKALI LAGI :

Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Ia berdasarkan Firman Allah SWT :

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278)

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan ‘saki baki’ riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini menyebut ‘saki baki’, menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan jelas tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara seratus peratus.

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :

Ertinya : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT”  (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : ” Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan”  (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :

Ertinya : “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )

Berkata Imam Qatadah rh : ” Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” (at-Tabari, 3/72 )

b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Allah SWT berfirman :

Ertinya : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 )

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut dari pemiliknya  kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa dosa, sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), selain itu, harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, lalu hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf  al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224).  Sabda Nabi SAW dari Ibn  Mas’ud r.a :-

Ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )

Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :

Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362  ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

Sekian

Ust Zaharuddin

18 April 2007

15 Responses to “Pandangan Islam terhadap MLM.”

  1. diyana Says:

    ingin jo ku nambah.. ada sebilangan urang yang merasakan business ani scam tapi lakat jo ia join. nya lau bukan scam untung lah ia, p kalau scam rugi lah tu. inda macam bejudi ka tu? lain lah hal urang yang percaya sangat..yang banar2 terpedaya enda plang kali bedusa. tapi dorang yang dah di gitau macam2 p lakat jo kan ‘mencuba nasib’ nya.

  2. diyana Says:

    i mean lau tau cmpany atu mungkin scam na usah ta cuba2. dah tah cuba nasib.. dibawa lagi kawan ikt.

  3. panyaaa Says:

    oh wow, even in Islam pun MLM ani inda baik panya. mun logic sudah dorang inda paham, hopefully dorang paham from the Islamic point of view.

  4. yg musykil Says:

    sepatutnya dari awal udh blog ani mengongsikan ilmu2 ttg scam ani in general sja agar nada pihak yg marah2 apa… no need to say ada bisnes kredit kad msani ada urg brunei masuk…. atu lbih mudah mengajak org berfikir tanpa ada rasa nda puas hati,,, btw knapa harus MLM sja dihentam ia haram n so on? cana dgn kredit kad masani yg telah menyebabkan org bnyk menanggung hutang? cana dgn bank2 ktani? adakah menepati piawaian syara’? kalau sapa yg bijak pandai atu tlg kongsikan… apapun sgala pandangan ulama’ mungkin ada yg kuat n bnr, nda mustahil ada silapnya kerana yg bnr hanya Allah dan rasulnya… makasih

    • terpedaya Says:

      it good tis blog is straight to da point. aku ada jua masa dey introduce tis card dibrunei. cara dey talk boleh buat urang terpedaya bah. even masa aku join i think ders something not make sense tapi cara dey talk make me stop o think abt it. dah ku baca tis blog baru ku tau apa yang not make sense atu. ramai urang yang inda cukup ilmu abt tis MLM bisnes. that y mcm aku, i cant think apa yang not make sense atu walaupun kuat rasaku abt it.

    • menjana wang mudah Says:

      credit card andang jua haram. riba tu bank2 kafir ah. andang jua udah disentuh mufti. sama lah jua inda urang ingau pasal kabur dengan $. ganya, yg lain nya, urang beutang sama bank ia lah ganya rugi. nada jua ia membawa urang. ani MLM ani bawa lagi urang. tapi sama lah dua2 jua bedusa.

  5. kan tukar topic plak Says:

    hahaa. pasalnya blog ani andang khas untuk credit card SMARTGLOBAL INTERNATIONAL. awu tau plang ku the blog owner said this blog is in general. but its obviously not lah. thats why ia buat masa credit card atu baru muncul. jantah kan minta tukar topic. lets stick to this topic and jawaptah kemusykilan urang psl kad kamu atu. daripada kamu kan marah2, cubatah kalahkan argument yang against kamu disini ani.

  6. bisnes pemalas Says:

    kudos to this blog! bilakah kamu ani kan sadar. malar dah kana scam ani. tapi masih jua kabur mata meliat duit free. kana brainwash tu kamu ah so that you think you’re working hard for this business. well i got news for you smartglobal agents; you’re the laziest business people ever! mencari downline ani bukan usaha tu.penjual nasi katok yang betungkus lumus kan mendapatkan labih bnd1000 sebulan barutah usaha namanya tu.kamu sanang2 kan dapat rm2000 sebulan?? logic kan tu? hahaha. inda talur dimana tu kan pecaya cematu ah.

  7. mana mana mana Says:

    ada tah yang tedapat kad ani? bebelanja tah kamu sudah? kaya dah?

  8. astaghfirullah Says:

    inda kah kamu takut memakan harta riba ani? manusia dikurniakan akal untuk memikirkan mana baik dan mana inda. mana benda yang ada menganiaya orang atu jangan lah di buat. iatah sebabnya ia dikatakan riba. segala yang masuk dalam kad kamu atu dari duit urang bawahan. pasal apa kamu berabut ikut bisnes ani? sebab supaya banyak untung kan. sebab kamu tau kalau urang hujung2 inda lagi banyak urg mau ikut. kesian eh urang ujung2. duit dorang atu hanya untung masuk account kamu saja. mun sudah sampai kad kamu atu ingat2 jua masa kamu siuk2 beshupping ah.. apa jadi dengan urang yang ujung2 masuk yang inda lagi ada urg kan juin ah. bayar sama macam kamu tapi ia inda dapat papa. iatah pasalnya ia bedusa ani nah. menganiaya urang lain bah.

  9. menjana wang mudah Says:

    sana sini ni jua kali ah offer miani ani. haha. tapi sana sini jua orang tertipu. biasalah manusia kabur dengan lambang $. ahirnya yang kaya urang atas saja. downline rugi, yang tangah2 jadi mangsa kena ucap penipu. jangan jua, ada tu dah skim cepat kaya ani lanyap, yang turut kana tipu ani kana intai jua oleh urang bawah2 yang langsung inda dapat papa. baik jaga2… urang atas yang penipu antap atu inda pulang. pasal dorang urang luar.


  10. […] skim sebegini tetap haram di sisi Islam kerana ia berasaskan riba. Sila baca artikel saya tentang pandangan Islam terhadap skim sebegini untuk keterangan lebih […]

  11. N Says:

    Good one. Excellent job blog owner. =) There’s no such thing as “easy money”, gnya dgn cra melabur sekian2 duit konon as entry fee la, sdh a2 nda bhpa2, dpt tia duit tiap bln. Nda msuk akal.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: