Bagaimana nombor kad kredit di perolehi

Januari 24, 2010

Perhatian: Tujuan post ani bukan untuk mengajar orang generate nombor kad kredit yang valid. Ini hanya bertujuan untuk ‘general knowledge’ semata mata.

Kalau kita meliat 16 digit yang terpapar di atas kad kredit biskita, mungkin kita berfikir betapa susahnya nombor memanjang macam ani akan di petik secara rambang. Dengan 16 digit, kitani sudah boleh membuat kira-kira 1 trillion nombor kad kredit.

Tapi sebenarnya, 6 digit pertama di atas kad kredit kita ani memang sudah di tetapkan, ia melambangkan nombor issuer kad kredit itu. ‘Issuer’ adalah institusi yang mengeluarkan kad kredit ani kepada biskita, seperti HSBC, SCB, American Express dan sebagainya. Manakala nombor yang paling hujung adalah di panggil  ‘check digit’. Saya akan menerangkan fungsi check digit dalam perenggan yang seterusnya. Jadi, 16 – 6- 1 = 9 nombor sahaja yang di perlukan untuk mendapatkan nombor kad kredit yang valid.

Salah satu cara yang paling senang untuk memperolehi nombor kad visa ialah dengan Luhn Algorithm. Algorithm ani di cipta oleh seorang scientist IBM, Hans Peter Luhn. Tujuan Algorithm ani di cipta sebenarnya untuk validity check,  kerana setiap mesin ‘garut’ mahupun sistem penjualan online akan memastikan ‘validity’ kad kredit biskita sebelum meneruskan pembelian kita. Tapi telah ada individu yang menyalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri.

Di sini saya akan menerangkan serba sedikit macamana Luhn Algorithm ani di gunakan. Lihat kad visa di bawah ani sebagai contoh:

Nombor kad visa ani; 4552 7204 1234 5678. Mula dari the digit terakhir (8), tani darab 2 setiap digit kedua. Maksudnya sini, untuk kad yang ada 16 digit, tani gandakan nombor yang berada di posisi ke 15th, 13th, 11th, 9th…(digit yang di posisi angka ganjil). Untuk menyenangkan sila lihat rajah di bawah ani:

Nombor-nombor yang diatas adalah nombor yang terpapar di atas kad kredit tadi. Manakala nombor-nombor di bawah yang warnakan hijau adalah nombor yang telah di darab 2. Kalau ada nombor yang sudah di darab 2 menjadi double digit (contohnya: 7 x 2 = 14), campur saja dua digit tersebut (contoh: 7 x 2 = 14, 1 + 4 = 5). Sekarang, campurkan nombor yang baru tani perolehi, seperti contoh di atas, tani akan dapat 61.

Bagi kad yang ‘valid’, jawapan tani mesti boleh dibahagi (divisible) dengan nombor 10. Di sini, 61 tidak dapat di bahagi dengan 10. Bererti kad visa diatas adalah ‘invalid’.

Untuk mendapatkan nombor visa yang valid, tani boleh mengubah suai salah satu nombor kad ani. Sebagai contoh, cuba tani ubah nombor hujung kad ani daripada 8 kepada 7. Ulangi proses di atas, pasti jawapan yang baru boleh di bahagi 10! Itulah sebenarnya fungsi ‘check digit’, nombor yang hujung sekali tadi. Supaya nombor credit card ani ngam dengan Luhn Algorithm.

Tapi, senang pun cara untuk mendapatkan nombor visa yang mampu menembusi sistem sekuriti , kita juga perlu mengetahui CVV, CVC code dan tarikh mansuh kad kredit berkenaan. Jika nombor kad kredit yang kitani perolehi tadi sudah di keluarkan oleh pihak bank,  sudah tentu ia di sertakan dengan kod yang disebutkan di atas dan juga tarikh mansuh. Semua kod-kod yang terdapat pada kredit kad boleh di perolehi dengan satu lagi algorithm, iaitu CVV algorithm.

Dari sini, kita boleh melihat, bagi mereka yang arif tentang sistem kad kredit, sudah tentu mereka boleh memperolehi nombor kad kredit untuk kepentingan sendiri. Sentiasalah tani beringat kalau kitani kena juali kad kredit dengan cara yang terlalu mudah, mungkin jua kad kepunyaan orang lain.

17 Responses to “Bagaimana nombor kad kredit di perolehi”

  1. Tanpa Nama Says:

    salam…untuk makluman sja… algorithm dicipta oleh ulama’ islam silam yg bernama Al-Khawarizmi… Algorithm=Alkhawarizm… jgn mengagung2kan saintis barat yg ramai mengaku drg mencipta sesuatu padahal ulama islam sudah lama mencipta benda atu… k tq

  2. sekadar jua eh Says:

    Algorithm ada banyak beb. Luhn algorithm ani by someone named Luhn. ada berjuta2 jenis algorithm dalam maths ani

  3. inda tau papa Says:

    haha. apa kan di agung2kan mun banar. c Luhn jua yang mencipta Luhn algorithm ani. luan sensitip jua eh urang keagamaan ani. oh, dan untuk makluman, memang benar islam yg sebenarnya banyak contribute to early mathematics. but yang mengembangkan ani scientist dari barat. bukan kan mengagungkan… tapi yg benar..

  4. Tanpa Nama Says:

    yup mesti sensitif…mun ukan tni (urg islam) ani yg mengagungkan smula khazanah tni ani, sapa lgi? mana ada anak2 skulah kana ajar sejarah maths n sains ani urg islam mencipta… pasal apa urg barat yg mengembangkan smua imu ani? pasal urg islam sendiri lalai2nya nda pcayakan urg islam, mencari silap, pendangki, kana ucap nipu lah apa lah…cuba tah ada bisnes dri amerika dtg kemari, sanang2 ganya kana terima n dipercayai…

    • when religion defies logic Says:

      bukan pasal urg islam lalai inda pecayakan urg islam ni. nada urang islam yang mengembangkan pasal ramai yang banar2 pecayakn al-quran sudah. apa dalam al-quran iatah sudah tu. thats why nada yang ingin mencuba experiment, research kah apa. yg kafir2 atu dorang inda pecayakan ugama. inda pecayakan tuhan membuat bumi ani. that is why dorang ingin tahu cemana bumi ani terjadi. diorang lah yang banyak buat experiment and research. pasal atu tah dorang yang ramai mencipta segala maths and scientific theory ani.

      sama lah jua cerita nya dengan scam ani. urang smartglobal dah membuat kamu percaya dengan kata2 dorang yang berasaskan agama. ustaz itu ini ikut lah apa. pasal atu, singgan sana tah saja pemikiran kamu. inda lagi kan bepikir panjang. abis2 kamu ucap tah urang dangki pulang. manakan urang islam ketinggalan ulehnya. dah lah mudah pecaya. sudah di critic di ucap tah pulang urang dangki.

  5. the extremist Says:

    ani sal scam kah sal keugamaan ne blog ani? sapa sapa pun yg mencipta, mun ilmu ani sama jua utk kebaikan. utk manfaat smua bah

  6. crap genius Says:

    awu eh lain tah plg

  7. Tanpa Nama Says:

    penama di klaka kitak orang tok…. cam harem… sik tauk kah klaka basa nok di paham dek semua worang… kitak orang tok… nang juak lah!!…. Anang belayak agik wai… lagik kita ngirup tuak….. kak ngirup tuak dek wai??… amm datai ditok…. pamung ka nongkit tok sang karup sadai kata tidod nangarupan… islam ngong power …. kafirr nong laknatullah …. all ‘Takbir’ … ALLAH HU AKHBAR!!!!

  8. saja2sajaaa Says:

    first paragraph mu atu mcm SETAHU!
    Ko ne muda sulnya(tp confirm aku lg muda! :D) tp mun tua,iatah babal namanya ne! Eh apakan
    Yg ko critic atu ada benarnya,tp sulnya mcm menyalahkan Islam,yg sepatutnya ko salah kh si berfikiran sempit dlm agama,separa mcm ko


  9. You can certainly see your enthusiasm within the
    work you write. The sector hopes for even more passionate writers like you who aren’t afraid to say how they believe. All the time go after your heart.


  10. Hi Dear, are you really visiting this site daily,
    if so after that you will absolutely get nice know-how.


  11. Hello to all, how is everything, I think every one
    is getting more from this website, and your views are nice in support
    of new viewers.

  12. infernus Says:

    4059895003194473 tolong buat untuk saya

  13. sairulnizam Says:

    Saya nk buat halaman facebook


Tinggalkan Jawapan kepada Immigration Adviser Ilford Batal balasan