Artikel ini adalah terjemahan dari artikel ‘Infinity Downline is NOT an Affiliate Program‘ yang di sumbangkan oleh salah seorang pembaca blog BruneiScam.

Ramai ahli Infinity Downline yang memperkenalkan ID sebagai program Affiliate untuk menolak tuntutan bahawa ianya adalah scam ( Pyramid Scheme ) . Mereka juga mengatakan bahawa ID adalah halal dan bukan salah satu modus scam kerana ianya bukan skim MLM ( Multi – level Marketing ).

Ada dua miskonsepsi di sini :

1) Infinity Downline sebagai Affiliate Marketing Program .

2) Program MLM adalah satu penipuan.

Sebenarnya, Infinity downline bukanlah Program Afiliasi , tetapi adalah program Multi – Level Marketing ( MLM ). Dan bukan semua program yang berstrategi MLM boleh dikatakan scam (Skim Piramid)

1 ) Mari kita lihat miskonsepsi yang pertama ; ” Infinity Downline sebagai Program Afiliasi ” .

Pertama , Affiliate Marketing Program ini direka untuk menyalurkan pelanggan ke halaman utama syarikat / produk. Setiap ‘Affiliate’ akan mendapatkan komisyen daripada setiap pembelian yang dibuat oleh pelanggan mereka. Ini boleh dilakukan dengan membina sebuah website pribadi yang berasingan untuk mempromosikan produk-produk syarikat berkenaan. Jadi, ketika calon pembeli datang , mereka akan disalurkan ke website syarikat utama oleh link peribadi dimana mereka dapat melakukan prosedur yang diperlukan untuk membuat bayaran untuk produk yang dibeli. Affiliate kemudian akan diberikan beberapa peratusan daripada bayaran pembeli sebagai komisyen. Program begini disebut sebagai single – tier affiliate program. Members fee biasanya adalah $0 dan Affiliate tidak akan diberikan komisyen dari ahli baru, hanya dari pembelian pelanggan.

Program affiliate hanya boleh mempunyai satu atau dua tingkat, bukan tiga atau lebih. Jika sebuah program mempunyai lebih dari dua tingkat, maka akan disebut sebagai Multi – Level Marketing Program ( MLM ), BUKAN program affiliate. Untuk program Affiliate dua tingkat, affiliate akan dibayar untuk setiap pelanggan yang mendaftar dan membayar untuk menjadi ahli, serta dari pembelian produk pelanggan (samada ahli atau bukan ahli). Namun, ahli baru TIDAK akan diletakkan di bawah affiliate tersebut seperti yang dilakukan dalam program MLM. Sebaliknya, ahli yang baru berdaftar ini akan secara langsung diletakkan sebagai ahli affiliate syarikat setaraf dengan affiliate yang memperkenalkannya. Jadi, dalam mana-mana kes affiliate marketing, tidak akan ujud istilah downline ataupun upline. Seorang affiliate hanya akan mendapat komisyen apabila seorang pelanggan menjadi ahli atau membeli produk.

Apa yang membuat pemasaran affiliate berbeza dari MLM adalah setiap affiliate tidak akan diwajibkan untuk merekrut ahli untuk mendapatkan pendapatan atau mengekalkan kedudukan mereka dalam program. Setiap affiliate akan berada pada paras yang sama seperti affiliate yang lain dan tidak ada yang akan bergelar downline ataupun upline. Pendapatan utama mereka adalah dari komisyen yang diperolehi dari penjualan produk dan BUKAN saja dari RECRUITEMENT ahli.

Cuba lihat Program Afiliasi Amazon (https://affiliate-program.amazon.com/) sebagai contoh. Untuk menjadi ahli affiliate Amazon, yang perlu anda lakukan adalah mendaftar secara PERCUMA. Dan seterusnya mengiklankan produk mereka di website anda. Untuk setiap jualan yang dilakukan dari trafik yang dibuat oleh laman web anda, anda akan diberikan peratusan tertentu sebagai komisyen anda .

2 ) Miskonsepsi yang kedua “MLM sebagai scam” ;

Tidak semua skim MLM adalah dianggap sebagai scam, dan adalah tidak wajar untuk melabel program MLM sebagai skim Piramid. Hanya program MLM yang berdasarkan kepada recruitement ahli dan BUKAN JUALAN produk adalah dianggap sebagai Skim Piramid.

Multi – level, seperti namanya, adalah strategi pemasaran yang direka untuk mencipta rangkaian yang berperingkat (Multi-level). Dalam program MLM yang sah, pengedar akan memperoleh komisyen dari jualan, recruitement ahli dan juga dari penjualan downline mereka, BUKAN 100% dari recruitement ahli. Walaupun pengedar gagal untuk merekrut ahli, mereka masih boleh memperolehi komisyen dari penjualan produk.

Mengapa program yang HANYA berdasarkan recruitement ahli ( Pyramid Scheme ) dianggap sebagai penipuan? Sila baca posting yang sebelumnya untuk penjelasan lebih lanjut. (https://bruneiscam.wordpress.com/2010/08/19/kenapa-program-yang-mewajibkan-%E2%80%98member-recruitement%E2%80%99-di-katakan-scam-atau-palsu/)

Infinity Downline … ..

Ahli Infinity Downline juga mempunyai website pribadi untuk membina trafik ke laman utama syarikat. Tetapi untuk tujuan apa? Dari mana kah punca pendapatan anda? Apa produk yang dijual oleh Infinity Downline?

Tujuannya tentu BUKAN untuk memperluaskan peluang PENJUALAN. Pendapatan anda tentu BUKAN DATANG DARI PENJUALAN kerana mereka TIDAK ADA PRODUK dijual oleh Infinity Downline .

Halaman peribadi ahli dan juga halaman utama syarikat jelas bertujuan untuk recruitement ahli semata-mata! Semua pendapatan akan dihasilkan semata – mata dari recruitement ahli. Memang ada software yang boleh digunakan dengan menjadi ahli Infinity Downline. Tapi adakah mana-mana ahli yang ada mempromosikan produk tersebut dalam website mereka? Adakah produk tersebut untuk dijual? Adakah produk ini bermanfaat kepada anda? Sudah tentu TIDAK. Ini adalah definisi yang sempurna bagi skim piramid. Selain itu, kerana setiap ahli HARUS merekrut downline untuk pendapatan, Infinity Downline lebih tepat lagi didefinasikan sebagai program MLM dan BUKAN AFFILIATE PROGRAM!

Artikel dibawah ani adalah sumbangan dari salah seorang pembaca. Minta maaf kepada mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris. Kalau ada perkataan atau ayat yang kurang di fahami sila tinggalkan komen di bawah post ani. Insyallah terjemahan kedalam Bahasa Melayu akan di keluarkan inda lama lagi.

It has come to my attention that a lot of Infinity Downline members are introducing ID as an affiliate program in order to dismiss claims that it is a scam (Pyramid Scheme). Some also said that it is not an MLM (Multi-level Marketing) Scheme, hence, it is not a scam.

There are two misconceptions here:

1) Infinity Downline being an Affiliate Marketing Program.

2) MLM Programs are scams.

Infinity downline is not an Affiliate Program, it is in fact a Multi-Level Marketing (MLM) program. MLM programs are genuine marketing strategy, not necesarily a scam given the right circumstances.

1) Lets first look at the first misconception; “Infinity Downline as an Affiliate Program”.

First of all, an Affiliate Marketing Programs are designed to steer potential customers in the right direction, i.e., towards the company’s main website/products. Each one of these affiliates will earn some commission or will be rewarded for every purchase made by their referrals. This can be done by creating a seperate personalised website to promote a company’s product(s). So, when a potential buyer comes by, they will be directed towards the main company’s website by a personalised link where they can make the necessary procedure to make payments for the product(s) bought. The affiliate will then be given a few percentages of the buyer’s payment as commission. This is called a single-tier affiliate program. Members fee are usually $0 and affiliates will not be given commission from new members, only from purchases.

An affiliate program may only have one or two-tier program AT MOST, not three and certainly NOT INFINITE. If a program has more than two tiers, then it is called a Multi-Level Marketing program (MLM), NOT an affiliate program. For a two-tier affiliate program, an affiliate may be paid for every customer who registered and paid to become a member, as well as from purchase of products. However, the new member will NOT be put under the affiliate as you would a downline in an MLM program. Instead, this newly registered member will directly be put as a member of the company the same way the affiliate who asked him to join is put as a member. So, there is no downline in the case of an affiliate marketing. An affiliate will only earn commission when a customer becomes a member or purchase a product.

What sets an affiliate marketing from MLM is that every affiliate will not be obligated to recruit members in order to earn income or secure their position in the program. Every affiliate will be on the same level as any other affiliates and no one is a downline nor an upline. Their main income will be from commissions obtained from their sales of products and certainly NOT MEMBER RECRUITEMENT.

Take a look at the Amazon’s Affiliate Program as an example. To be an affiliate of Amazon, all you need to do is register FOR FREE. Then advertise their products on your website. For every sales made from the traffic created by your website, you will be given certain percentage as your commission.

2) As for the second misconception “MLMs are Pyramid Schemes”;

Not all MLM schemes are scams, so it is incorrect to label MLM programs as Pyramid schemes. Only MLM programs that are based on member recruitement and DO NOT SELL any products are deemed Pyramid Schemes.

Multi-level, as its name suggests, is a marketing strategy designed to create multiple levels of distributors (networks). In a LEGITIMATE MLM program, a distributor will earn from commission of sales, member recruitement and also from sales of their downlines, NOT SOLELY from member recruitement. Which means that even when a distributor fails to recruit any members, they may still earn from the sales of products.

Why are programs based ONLY on member recruitement (Pyramid Scheme) deemed as scams? Read the previous post for more details.

So, about Infinity Downline…..

Now, as for Infinity Downline, yes you have a personalised website to create traffic to the company’s main website.

But for what purpose? Where does your income come from? What are the products being sold by Infinity Downline?

The purpose is certainly NOT to broaden the chances of SALES. Your income certainly DOES NOT COME FROM SALES because they are NO PRODUCTS sold by Infinity Downline.

The personalised website is obviously for the sole purpose of member recruitement and nothing else! All income generated will be solely from member recruitement and nothing else. Sure there are softwares that we can access to by becoming a member of Infinity Downline. But do you see anybody promoting those products? Are they even for sale? Do they even benefit you? NO, NO and NO. This is the perfect definition of a PYRAMID SCHEME. Furthermore, because every member MUST recruit downlines upon downlines in order to earn, Infinity Downline is no doubt creating Multipe-level of networks, which violates the definition of Affiliate marketing!

In conclusion, Infinity Downline is NOT AN AFFILIATE PROGRAM!

Mana-mana program yang mewajibkan kitani mencari orang bawahan untuk mendapatkan keuntungan adalah HARAM dan ILLEGAL.

Jangan tertipu dengan bukti-bukti yang mengatakan ‘program tersebut adalah legal kerana ia masih ujud dan beroperasi tanpa gangguan mana-mana pihak’. Pihak-pihak tertentu memang tidak ada kuasa keatas program-program yang kini berleluasa kerana kebanyakan mereka adalah ‘online based’. Sebab itulah kitani harus menggunakan kebijaksaan sendiri untuk menghidari dari terperangkap kedalam program palsu ani.

Mungkin ramai yang kurang faham kenapa skim pyramid di katakan haram. Keuntungan yang luar biasa dan cepat memang sudah terbukti di kalangan orang-orang atasan program tersebut, ani memang tidak dinafikan. Akan tetapi skim piramid sudah lama ujud dan TERBUKTI palsu, ianya hanya akan mendatangkan keuntungan kepada tidak lebih dari 40% orang yang terdahulu. Sekurang-kurangnya 60% atau lebih AKAN MENDAPAT KERUGIAN.


* Yang 60% atu, bukan inda dapat untung sebab malas atau nasib, memang mereka tidak akan dapat sebab kehabisan sumber manusia, walaupun mereka kan mencari dari negeri lain.

Disini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana dan mengapa skim piramid tidak akan bertahan lama. Penerangan tersebut saya perolehi dari laman Mathematics dimana mereka menerangkan tentang Matematik disebalik Skim Piramid. (And please remember, Maths is never wrong).

Ambil kaedah 8 ball model sebagai contoh:
Didalam program ani setiap member dikehendaki mencari 2 orang dan hendaklah mengumpulkan sebanyak 3 level orang bawahan sebelum membolehkan ia mendapat bayaran. Seperti rajah dibawah, jika setiap seorang di kehendaki merekrut 2 orang downline, level piramid tersebut akan bertambah sebanyak 2 kali ganda pada setiap tangga. Pada tangga ke 5, piramid tersebut sudah mempunyai 31 orang pengikut.

Program yang menggunakan sistem sebegini, akan merugikan 87.5% daripada jumlah keseluruhan member program tersebut. Pada skala kecil yang saya gunakan tadi, 28 daripada 31 orang akan mendapat kerugian.

KENAPA 87.5% YANG MENDAPAT KERUGIAN?

Pada skala yang sebenar, seluruh penduduk bumi akan diambilkira. Jadi, bagi program diatas, pada skala sebenar, piramid tersebut akan runtuh apabila sampai kepada tangga yang ke 32!

*correction; 2^5 – 1 = 31

Ini bermaksud, mereka yang berada di tangga ke 32 sudah tentu tidak boleh meneruskan recruitement kerana tidak ada lagi manusia dari mana-mana muka bumi yang belum menyertai skim tersebut. Menurut program 8-ball, 3 level terakhir sudah tentu akan mendapat kerugian. Dimana 3 level terakhir mempunyai kira-kira 6billion orang. Bukan keseluruhan tu ah 6 billion atu, cuma pada 3 tangga terakhir!
6.0 billion/6.8 billion = 88% (Kiraan adalah kurang tepat kerana saya menggunakan approximation pada jumlah penduduk)

Penerangan lebih lanjut dari segi Matematik:

Jelas sekali, walaupun cuma 3 daripada 32 tangga yang mengalami kerugian, jumlah member dalam 3 tangga terakhir adalah jauh lebih dari separuh jumlah keseluruhan member yang mengikuti program tersebut!

  • Kesimpulannya, buat apa kitani menyokong dan menyertai skim yang sudah jelas dan terbukti bakal merugikan RAMAI orang?
  • Biskita masih merasai program kita atu bukan scam dan adalah lain dari yang lain? Begitu juga perasaan mereka yang pernah menyertai skim sebegini.
  • Mana-mana skim yang mewajibkan kitani mencari orang bawahan adalah skim piramid. Tidak kira apa motifnya mewajibkan sedemikian, ia adalah tetap skim piramid. Lupakan tah angan-angan biskita untuk menjadi millionaire atau billionaire dengan hanya menggoyang kaki.
  • Biskita fikir penduduk dunia akan bertambah selari dengan ‘pyramid growth’ program biskita atu? Jika cuma ditangga ke 32 sudah ada kira-kira 2 billion member (2^32 – 2^31), di tangga ke 33 mesti ada kira-kira 4.3 billion member (2^33 – 2^32)! Adakah penduduk dunia bertambah sebanyak 4.3 billion dalam masa SEBULAN?? Sila baca laman Wikipedia ani untuk penerangan ‘Population Growth’.
Ramai juga mereka yang cuba untuk memperkenalkan program mereka sebagai ‘Affiliate marketing‘. Definasi ‘Affiliate marketing’ adalah seperti berikut:

“Affiliate marketing is a marketing practice in which a business rewards one or more affiliates for each visitor or customer brought about by the affiliate’s marketing efforts. Examples include rewards sites, where users are rewarded with cash or gifts, for the completion of an offer, and the referral of others to the site.”

Sebenarnya alasan di atas tidak mencukupi untuk mengatakan sesebuah kompeni itu berlandaskan skim piramid atau tidak. ‘Affiliate marketing’ tidak memaksa seseorang untuk merekrut orang lain untuk mendapatkan ‘reward’. Tetapi, dalam skim piramid, jika seseorang itu tidak mampu untuk merekrut member baru, dia tidak akan mendapat ‘reward’ sepertimana affiliate program yang sah. Bahkan mereka akan terkeluar dari program tersebut dan investment mereka adalah sia-sia.

Ramai diantara ahli-ahli skim piramid mengatakan program yang mereka ikuti tidak sama sekali bercirikan skim piramid kerana salah satu definasi skim piramid mengatakan bahawa kalau sesuatu program itu berlandaskan skim piramid, kita masih boleh menjana pendapatan lumayan tanpa sebarang usaha.
Sebenarnya dalam definasi skim piramid, mencari dan merekrut downline adalah di kira ‘doing nothing’. Kalau ‘doing nothing’ bermaksud ‘literally’ tidak membuat apa benda sekali pun (I.e., limpang-limpang staring at the ceiling), skim piramid pun tidak akan ujud. Hanya orang yang tidak bernyawa boleh ‘do nothing’. Cuba ‘search’ atau ‘google’ perkataan ‘Pyramid scheme’, di mana-mana website pun akan mengatakan skim piramid adalah skim di mana jualan utama sesebuah kompeni adalah membership dan bukan produk. Mereka juga menggunakan duit dari member baru untuk membayar member yang sebelumnya. Skim piramid biasanya akan cuba untuk menutup niat sebenar mereka dengan menyertakan beberapa produk dengan setiap membership.

Cuba kita perhatikan bisnes legit di sekeliling kita, mereka akan mempromosikan bisnes mereka dengan menerangkan dan menyampaikan kebaikan produk yang mereka jual. Sebab tanpa hasil jualan produk tersebut mereka tidak akan mendapat keuntungan. Berbeza dengan skim piramid di mana produk mereka tidak akan mendatangkan keuntungan jika di jual tanpa memaksa pelanggan untuk menjadi member.

1) Skim cepat kaya yang di perkenalkan kepada mereka adalah berbeza dari yang sebelumnya. Ini tidak lah di nafikan. Kalau ianya diperkenalkan dengan teknik dan modus operandi yang sama dengan skim yang sebelumnya mungkin tidak ramai yang akan menyertai. Buat lah kajian dari orang-orang yang pernah mengikuti skim sebegini. Mesti mereka pernah percaya skim yang mereka sertai itu lain dari yang lain. Tetapi penghujungnya sama sahaja. Skim itu berakhir begitu sahaja dan merugikan downline yang di tangga-tangga terakhir.

2) Kebanyakan skim cepat kaya adalah berpandukan skim piramid, dimana lama-kelamaan mereka akan kehabisan downline. Fakta ini jarang sekali di fikirkan atau di ambil-kisah oleh peserta skim cepat kaya. Banyak yang menyangka skim ini akan bertahan lama kerana penduduk dunia memang ramai dan mereka tidak akan kehabisan downline. Memang benar skim cepat kaya memberi pulangan yang luar biasa dalam masa dan singkat, tapi ianya tidak akan dan tidak pernah bertahan kerana penduduk dunia ini bukan ‘infinity’. Jika keseluruh dunia sudah menyertai, bagaimana downline yang di hujung sekali hendak mengekalkan posisi mereka untuk membayar upline? Dan bagaimana pula upline ini hendak membayar upline yang di atasnya lagi? Sudah tentu piramid ini akan runtuh dan merugikan beribu-ribu orang.

Ambil contoh di bawah ini:

Jika 4 orang downline di rekrut pada level pertama, pada level kedua sudah tentu (4×4) 16 rekrut baru dalam level kedua. Pada level ketiga pula (16*4) 64 rekrut baru lagi. Kiraan begini dinamakan progresi geometrik dan jika kita teruskan lagi, pada level ke 10 kita sudah akan melimpasi penduduk Brunei dan pada level ke 18, seluruh penduduk dunia (6,800,000,000, tahun 2009) juga terlimpas.

4
16
64
256
1024
4096
16384
65536
262144
1048576
4194304
16777216
67108864
268435456
1073741824
4294967296

Pada level 17, iaitu level penghujung skim piramid ini, di jangka 4,294,967,296 orang akan kerugian kerana tidak ada lagi yang boleh menyambung dan mengukuhkan piramid ini. Jumlah ini bukan sedikit jika dibandingkan dengan penduduk dunia yang berjumlah 6,800,000,000.

Tahukah awda di peringkat mana awda berada? Jika awda berada di tangga atas memang awda akan sempat menikmati keuntungan yang banyak. Tetapi tidakkah awda rasa bersalah memasukkan rekrut-rekrut baru sesudah awda tahu skim ini tidak akan bertahan lama dan akan merugikan mereka?

3) Infinity downline tidak mengambil untung. Ramai yang  berpendapat Infinity Downline adalah legitimate dan bukan scam kerana ia tidak mengenakan apa apa charges dan 100% pembayaran rekrut akan dibayar kepada sponsor itu sendiri. Jadi, tidak ada lah pihak yang mengambil keuntungan dari mana-mana kemasukan selain dari sponsor atau upline kita sendiri. SALAH! Cuba kita bandingkan keuntungan kita sendiri dengan keuntungan upline. Siapakah yang lebih banyak mengaut keuntungan? Sudah tentu yang berada di atas. Cuba bayangkan bagaimana pula keuntungan yang dinikmati oleh mastermind sistem tersebut?? Sudah tentu banyak sekali.

Mungkin kerana tiadanya admin fee juga kita menyangka yang mastermind sistem ini ikhlas memberi peluang kepada orang ramai dan tidak ingin mengaut keuntungan.  Juga salah! Kepala atau mastermind kepada sistem ini amat bergantung kepada semua downlinenya untuk mengekalkan pendapatannya. Walaupun beliau mungkin sudah mempunyai jumlah downline yang tidak bertambah-tambah, beliau masih juga bergantung kepada rekrut-rekrut baru untuk menikmati pendapatan BULANAN. Cuba awda bayangkan jika sudah tidak ada individu yang boleh di rekrut, sudah tentu downline yang ditangga akhir tidak mampu untuk membayar upline mereka, upline ini juga tidak akan dapat membayar upline yang sebelumnya lagi.

4) Infinity downline tidak menjual sebarang produk. Saya kurang faham mengapa faktor ini selalu dijadikan kata pemancing untuk merekrut downlines. Mungkin ramai penduduk Brunei masih kurang faham dengan skim piramid. Skim piramid adalah haram dan menyalahi undang-undang di negara kita.

Perlu di fahami, jika bisnes itu berasaskan strategi MLM (multi-level marketing), ia tidak semestinya menyalahi undang-undang. Sebab itu lah bisnes seperti Amway, Cosway dan lain nya masih kekal dan beroperasi kerana mereka bukan berasaskan skim piramid. Skim piramid adalah skim dimana operasinya tidak melibatkan apa-apa produk dan kekukuhannya adalah bergantung 100% kepada kemasukan ahli ahli baru.

Baru baru ani heboh lagi tentang skim cepat kaya yang bergelar Infinity Downline. Dari yang saya baca, skim ini sangat hebat bunyinya. Tidak seperti skim lain yang mencuba sedaya upaya untuk menyembunyikan dan menafikan matlamat mereka untuk mengaut keuntungan dengan cara yang di haramkan islam (skim piramid atau skim cepat kaya). Tapi ini mungkin kerana skim ini berasal dari negara bukan Islam iaitu Amerika Syarikat. Mereka tidak perlu bimbang dengan hukum hakam.

Modus operandi skim ini sama sahaja; cari downline, kita dapat untung. Yang membuatkan ia unik, mereka tidak mengenakan admin fee, 100% kutipan dari downline adalah milik upline. Dan yang lebih hebat lagi, downline mesti mengekalkan pembayaran tetap setiap bulan. Ini bermakna setiap orang yang berada dalam skim ini akan mendapat keuntungan setiap bulan! Semakin ramai rekrut, semakin banyak lah keuntungan bulanan.

Akan tetapi, sehebat mana pun mana-mana skim piramid di dunia ini, ia tidak akan kekal. Kerugian dari skim piramid ini ada saya terangkan di dalam artikel saya yang lalu. (Penjualan Kad Kredit Visa)

Tetapi berterus terang saya katakan, saya memang tidak meneliti atau membaca website mereka dengan bersungguh-sungguh kerana memang saya tidak berminat langsung. Jadi, saya mohon maaf jika skim mereka adalah lebih hebat lagi sebenarnya sehingga mampu mengatasi masalah kehabisan downline.

Hebat atau tidak hebat pun, skim sebegini tetap haram di sisi Islam kerana ia berasaskan riba. Sila baca artikel saya tentang pandangan Islam terhadap skim sebegini untuk keterangan lebih lanjut.

Definasi skim cepat kaya dari Wikipedia:

A get-rich-quick scheme is a plan to acquire high rates of return for a small investment. Most such schemes promise that participants can obtain this high rate of return with little risk.

Most get-rich-quick schemes also promise that little skill, effort, or time is required.